Senarai 5: Panduan membeli dan belah di BUNDLE
Tips Beli Barang Bundle |
Barang bundle atau lebih dikenali dengan barang terpakai atau reject. Barang bundle ini adalah barang atau produk yang diambil oleh pemborong secara pukal dan mereka menjualnya terus atau kepada peniaga lain. Barang atau produk yang diambil boleh jadi bukanlah barang baru yang biasanya boleh dijual dengan harga yang mahal. Biasanya barang bundle sebegini tidak dijual pada harga standard atau dengan harga yang mahal. Biasanya jualan bundle ini terletak pada tawar menawar antara pembeli.
Sebelum membeli barang bundle, ada beberapa tips yang perlu diambil kira. Antaranya ialah :
i) -Kualiti
Ramai yang memikirkan bahawa barang-barang terpakai rata-ratanya sudah tidak mempunyai kualiti. Ia hanya berada dalam keadaan lama, tetapi jika ia merupakan produk yang berkualiti, ia masih tetap bagus. Sebagai contoh, kasut kulit buatan luar negara. Ia mungkin kelihatan berkulapok di luar, namun hakikatnya ia masih cantik & bermutu jika korang pandai membersihkannya.
ii) -Kegunaan
Mana mungkin korang sanggup membeli barangan mahal yang hanya mahu digunakan untuk tempoh sekejap atau tertentu. Misalnya, jaket tebal untuk melancong ke negara-negara beriklim sejuk. Ia boleh didapati di pasar-pasar karat dengan harga yang lebih murah.
iii) -Harga
Harga barang-barang di pasar karat biasanya lebih murah & usah tertipu jika korang mendapati harga barang yang tak masuk akal. Jika korang mahu barangan berkualiti tinggi tetapi pada harga yang berbaloi, ada baiknya korang pergi membeli di pasar raya yang sebenar. Bukan apa, barang terpakai biasanya dah mempunyai nilai yang rendah & semestinya harga mampu milik.
iv) - Rancang
Merancang merupakan elemen terpenting ketika berada di pasar karat. Maklumlah, pasar karat mempunyai kawasan yang sangat luas untuk diterokai. Sebaiknya korang senaraikan barang²-barang yang korang perlukan supaya korang tahu barang apa yang sesuai untuk dibeli di pasar karat. Tak semua barang sesuai di beli di pasar karat tau!
v) -Belanja
Meskipun hanya dikenali sebagai pasar karat, perbelanjaan juga perlu dititikberatkan supaya korang merasa berbaloi membelinya. Terutamanya barang-barang yang melibatkan perabot-perabot vintaj, keluaran edisi khas & alat perhiasan yang antik. Lihat terlebih dulu rekaan & pembuatan supaya merasa berbaloi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan