Senarai 5: Panduan membeli dan belah di BUNDLE
Tips Beli
Barang Bundle |
Barang bundle atau lebih dikenali dengan barang terpakai
atau reject. Barang bundle ini adalah barang atau produk yang diambil
oleh pemborong secara pukal dan mereka menjualnya terus atau kepada
peniaga lain. Barang atau produk yang diambil boleh jadi bukanlah barang
baru yang biasanya boleh dijual dengan harga yang mahal. Biasanya
barang bundle sebegini tidak dijual pada harga standard atau dengan
harga
yang mahal. Biasanya jualan bundle ini terletak pada tawar menawar antara pembeli.
Sebelum membeli barang bundle, ada beberapa tips yang perlu diambil kira. Antaranya ialah :
i) -Kualiti
Ramai yang memikirkan bahawa barang-barang terpakai rata-ratanya sudah
tidak mempunyai kualiti. Ia hanya berada dalam keadaan lama, tetapi jika
ia merupakan produk yang berkualiti, ia masih tetap bagus. Sebagai
contoh, kasut kulit buatan luar negara. Ia mungkin kelihatan berkulapok
di luar, namun hakikatnya ia masih cantik & bermutu jika korang
pandai membersihkannya.
ii) -Kegunaan
Mana mungkin korang
sanggup membeli barangan mahal yang hanya mahu digunakan untuk tempoh
sekejap atau tertentu. Misalnya, jaket tebal untuk melancong ke
negara-negara beriklim sejuk. Ia boleh didapati di pasar-pasar karat
dengan harga yang lebih murah.
iii) -Harga
Harga barang-barang
di pasar karat biasanya lebih murah & usah tertipu jika korang
mendapati harga barang yang tak masuk akal. Jika korang mahu barangan
berkualiti tinggi tetapi pada harga yang berbaloi, ada baiknya korang
pergi membeli di pasar raya yang sebenar. Bukan apa, barang terpakai
biasanya dah mempunyai nilai yang rendah & semestinya harga mampu
milik.
iv) - Rancang
Merancang merupakan elemen terpenting
ketika berada di pasar karat. Maklumlah, pasar karat mempunyai kawasan
yang sangat luas untuk diterokai. Sebaiknya korang senaraikan
barang²-barang yang korang perlukan supaya korang tahu barang apa yang
sesuai untuk dibeli di pasar karat. Tak semua barang sesuai di beli di
pasar karat tau!
v) -Belanja
Meskipun hanya dikenali sebagai
pasar karat, perbelanjaan juga perlu dititikberatkan supaya korang
merasa berbaloi membelinya. Terutamanya barang-barang yang melibatkan
perabot-perabot vintaj, keluaran edisi khas & alat perhiasan yang
antik. Lihat terlebih dulu rekaan & pembuatan supaya merasa
berbaloi.